Isnin, 10 Ogos 2009

cinta~~

i love u~
i miss u~

Ayat itu yang membuat seseorang itu memikirkan tentang seseorang. Hidup, bagaikan jalan, ada jalan bengkok-bengkok, ada jalan lurus, dan ada jalan mati. Hidup ku bagaikan jalan yang banyak papan tanda. Papan tanda tu tunjuk pelbagai arah untuk ku tujui. Kenapa aku perlukan papan tanda tu? Mungkin papan tanda tu sebagai penguat lagi keputusan untuk menuju ke sesuatu tempat. Arah mana yang harus ku tujui, itu bergantung pada hati ku. Ada juga bergantung pada otak ku, pemikiran ku, serta perasaan ku. Setiap jalan tu ku tuju dengan pelbagai cara. Tapi kenapa dalam papan tanda itu tiada arah 'cinta'? Ku mengharap agar arah cinta itu muncul. Sudah lama arah cinta itu tidak muncul.

Arah cinta. Ke mana arah cinta ku. "Amek kiri pastu tunggu traffic light the turn right". Mungkin. Mungkin tidak. Arah cinta itu tiada. Bagaimana hendak ku kenalpasti ke mana arah itu harus ku tujui. Mungkin aku tidak mahu lagi bercinta. Mungkin aku tidak layak bercinta. Pelbagai kebarangkalian yang menyebabkan aku tidak bercinta sekarang.

Benarkah aku tidak bercinta sekarang ini? Cinta bertepuk sebelah tangan. Unrequited Love. Cinta ini banyak kali ku lalui. Malah aku menghargainya selama ini. "Pe yang kita arap x semestinya kita dapat". Redha. Ya. Aku sentiasa redha atas apa yang berlaku dalam hidup aku selama ini. Tapi kenapa aku sekarang ini tidak ada sedetik pun rasa cinta terhadap wanita lain? Adakah aku gay? WTF! EAT.SHIT.AND.DIE!! Tidak mungkin. Aku masih lagi waras dan sentiasa merasakan hanya perempuan yang perlu dijadikan pasangan.

Harapan. Ya. Aku sentiasa letak harapan yang aku akan jumpa wanita yang paling istimewa bagi ku. Dahulu ada wanita yang paling istimewa bagi telah kutemui. Dia sangat istimewa. Dia sentiasa membuat diri ku rasa bagaikan aku tidak dapat hidup atas muka bumi dengan indahnya. Sememangnya dengan dia banyak mengajar aku pengalaman yang indah. Sangat indah. Sampai aku sukar untuk lupakannya. Ya. Jika aku jumpai wanita yang paling istimewa yang baru, aku cuba jadikan cinta itu indah bagi nya dan cinta itu indah bagi ku. Bagi ku, cinta itu indah. Selama ini pemikiran aku tentang hanya dapat diterangkan dengan satu perkataan. Indah.

Sunyi. Adakah aku sunyi? Sunyikah aku? Aku tak tahu keadaan itu. Bukan aku tidak mahu akuinya. Tapi selama ini, aku sentiasa tidak siap assignment. Bagaimanakah aku lakukan perkara itu jika aku sunyi. Aku percaya. Jika aku sunyi, aku mmg akan jadi perfectionist. Kadang-kadang aku cuba menjadi seorang camtu terutama nya pabila ku dahagakan cinta. LOL. "Best jgak". Semua kerja siap. Menjadi perfectionist ada dalam papan tanda itu. Tapi jalan itu sedang diperbaiki kerana ingin disiapkan fly over.

LOL. Kenapa aku boleh taip semua ini. Buat aku malu jer. Tapi ini lah aku. Seorang Mohd Abd Hafiz Bin Awang. Aku akan hidup dengan sebaiknya. Indah nya dunia ini. Banyak lagi perkara indah yang ada di atas muka bumi ini. Life is beautiful isn't it?

-*cinta~~*-

14 ulasan:

  1. aduh mak hafiz..
    x tahan~
    huu
    jiwang nye kamu
    :D
    anyway, selamat menempuhi segala-galanya dgn success
    berdoa..insyaAllah.. :)
    p/s: to harushard, ko bile lak nak bukak entry cm ni? hek3 :P

    BalasPadam
  2. cet...ckp aku jiwang..
    ko lg lg lg lg jiwang...
    hahaha

    BalasPadam
  3. alamak! kalau boleh aku nk elak sangat post entry cm ni..

    emo~!

    BalasPadam
  4. apis..
    jiwangnya...
    pandai apis berkata-kata..
    huhu...

    BalasPadam
  5. oss~!...once in a while~nicely expressed~

    BalasPadam
  6. aku xtau lak budak comp bole melankolik mcm ni....haha...

    BalasPadam
  7. wow~xsangke member ku yg sorg ni jiwang ye. ataupon EMO?? hehe~~

    BalasPadam